NEW DELHI: Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata kerajaannya mahu mengembalikan ekonominya ke landasan yang betul untuk tempoh jangka panjang selepas menerima bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
IMF pada Isnin berkata lembaga eksekutifnya meluluskan pakej bantuan empat tahun berjumlah kira-kira AS$3 bilion bagi membantu Sri Lanka pulih daripada krisis ekonominya.
Sri Lanka akan segera menerima pengeluaran awal sebanyak AS$330 juta menerusi kemudahan Dana Lanjutan (EFF), kata IMF.
Perjanjian itu membuka pintu kepada negara berkenaan untuk mendapatkan lebih banyak pembiayaan daripada agensi seperti Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia.
"Sri Lanka berhadapan krisis ekonomi yang teruk akibat kesilapan dasar lalu selain kejutan ekonomi. Kami sangat bimbang tentang kesan krisis ke atas rakyat Sri Lanka, khususnya golongan miskin dan mudah terjejas serta kos ekonomi akibat kelewatan negara memperoleh akses kepada pembiayaan luar," menurut kenyataan IMF.
Sambil menyambut baik perjanjian itu, presiden Sri Lanka berkata ia akan membolehkan negaranya mengakses pembiayaan sehingga AS$7 bilion daripada IMF serta institusi kewangan antarabangsa lain.
"Kami mahu mengembalikan ekonomi ke landasannya dalam tempoh jangka panjang melalui pengurusan fiskal yang berhemat dan agenda pembaharuan kami.
"Program IMF penting untuk meningkatkan kedudukan Sri Lanka dan akses kepada pasaran modal antarabangsa yang akan menunjukkan bahawa Sri Lanka sekali lagi merupakan sebuah negara yang menarik kepada bakat, pelabur dan pelancong," kata Wickremesinghe.
Sri Lanka kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam tempoh 75 tahun dan gagal membayar hutang asingnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Ranil Wickremesinghe berkata kerajaannya mahu mengembalikan ekonominya ke landasan yang betul untuk tempoh jangka panjang. - Gambar fail
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Pakar WHO akan bantu tangani kusta di Sri Lanka
Daripada keseluruhan 1,550 pesakit, wilayah barat yang paling ramai penduduk di Sri Lanka, merekodkan 599 kes.
Zambry lakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, dari 9-12 Okt ini.
Maldives, Sri Lanka, Pakistan sokong negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967
Maldives, Sri Lanka dan Pakistan telah memperbaharui sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin dalam sempadan sebelum 1967.
Kes bunuh: Hutang dipercayai motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka - Polis
Motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka di Jalan Perhentian Kampung Kovil hilir, Sentul pada 22 September lalu dipercayai berpunca daripada masalah wang dan hutang.
Polis yakin suspek kes tiga mayat ditemukan bertindan masih di Malaysia
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semakan yang dilakukan polis mendapati tiada rekod kedua-dua suspek keluar dari negara.
Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka
Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.
10 maut, 30 cedera bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka
Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli.